Search This Blog

Tuesday, April 20, 2010

Kisah sedih keluarga aku

Syed Hussien, Syed Anuar, Syed Azlah
Saya, ayah Syed Ahmad, Mak Esah dan Syed Azhar
Gambar tahun 1983
Ini adik saya Syed Anuar belajar di ITM

Saya mempunyai 6 orang adik beradik. 5 lelaki dan saya seorang saja perempuan. Saya adalah anak sulung. Adik saya yang ke 2 bernama Syed Anuar meninggal pada usia 27 tahun(12/4/1986) kerana menghidap jantung berlubang berkerja sebagai pembantu kanan Arkitek. Manakala adik ke 4 Syed Alias meninggal dunia semasa berusia 3 hari (1965) kerana tidak mempunyai lubang buang air besar dan sumbing di bibir. Ayah saya pula meninggal dunia pada usia 59 tahun akibat serang sakit jantung 4 hari (11/10/1990) sebelum hari jadi yang ke 59 itu. Ayah saya berkerja sebagai pegawai polis (ASP) di Bukit Aman (perisik) selepas bersara ayah saya mejadi ustaz.
Saya amat menyayangi adik yang kedua. Kami amat rapat. Beliau seorang yang baik hati dan sentiasa lembut hati bila berbicara dan sabar melayani saya yang kurang pendengaran. Adik lelaki saya ke 3 sekarang berusia 49 tahun kini menghidap penyakit jantung dan akan menjalani pembedahan.
Adik saya ke 5 Syed Azlah yang juga bapa kepada Faiz_94 dan yang bongsu Syed Azhar tidak mengidap penyakit jantung cuma ada darah tinggi tidak teruk yang sama saya tahu menjaga kesihatan baik selalu jumpa doktor pakar di HUKM Cheras.

1. Ayah saya Hj. Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman (meninggal dunia)
2. Ibu saya Hajjah Esah binti Dato' Abdullah
3. Saya anak sulung dan satu perempuan saja dan 1 orang anak lelaki
4. Syed Anuar (meninggal dunia)
5. Syed Hussien dan 1 orang anak lelaki dan 4 anak perempuan
6. Syed Alias (meninggal dunia)
7. Syed Azlah berusia 42 tahun menpunyai 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan
8. Syed Azhar yang bongsu 37 tahun juga punyai 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan

No comments:

Post a Comment