Search This Blog

Thursday, April 22, 2010

Keputusan Peperiksaan PTK 2009








Tadi tiba-tiba ketua kerani En Rahim datang ucap tahniah dan salam pada aku terkejut hairan telah disaksi oleh rakan-rakan pejabat aku senyum dan ketawa. En Rahim beri sampul surat keputusan peperiksaan PTK Tempuh Peralihan tahun 2009 telah lulus/melepas tahap kompetensi kepada aku terus buka sampul dan baca surat. Aku gembira betul ucap terima kasih pada En Rahim dan rakan-rakan beri sokong galak aku duduk peperiksaan PTK sudah 2 kali lepas lalu. Ada ramai rakan aku telah mengambil peperiksaan tapi gagal hanya aku dan rakan Shazwani telah berjaya lulus saja dari Unit Teknologi Maklumat.

Wassalam dari kak Sharifah

Tuesday, April 20, 2010

Kisah sedih keluarga aku

Syed Hussien, Syed Anuar, Syed Azlah
Saya, ayah Syed Ahmad, Mak Esah dan Syed Azhar
Gambar tahun 1983
Ini adik saya Syed Anuar belajar di ITM

Saya mempunyai 6 orang adik beradik. 5 lelaki dan saya seorang saja perempuan. Saya adalah anak sulung. Adik saya yang ke 2 bernama Syed Anuar meninggal pada usia 27 tahun(12/4/1986) kerana menghidap jantung berlubang berkerja sebagai pembantu kanan Arkitek. Manakala adik ke 4 Syed Alias meninggal dunia semasa berusia 3 hari (1965) kerana tidak mempunyai lubang buang air besar dan sumbing di bibir. Ayah saya pula meninggal dunia pada usia 59 tahun akibat serang sakit jantung 4 hari (11/10/1990) sebelum hari jadi yang ke 59 itu. Ayah saya berkerja sebagai pegawai polis (ASP) di Bukit Aman (perisik) selepas bersara ayah saya mejadi ustaz.
Saya amat menyayangi adik yang kedua. Kami amat rapat. Beliau seorang yang baik hati dan sentiasa lembut hati bila berbicara dan sabar melayani saya yang kurang pendengaran. Adik lelaki saya ke 3 sekarang berusia 49 tahun kini menghidap penyakit jantung dan akan menjalani pembedahan.
Adik saya ke 5 Syed Azlah yang juga bapa kepada Faiz_94 dan yang bongsu Syed Azhar tidak mengidap penyakit jantung cuma ada darah tinggi tidak teruk yang sama saya tahu menjaga kesihatan baik selalu jumpa doktor pakar di HUKM Cheras.

1. Ayah saya Hj. Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman (meninggal dunia)
2. Ibu saya Hajjah Esah binti Dato' Abdullah
3. Saya anak sulung dan satu perempuan saja dan 1 orang anak lelaki
4. Syed Anuar (meninggal dunia)
5. Syed Hussien dan 1 orang anak lelaki dan 4 anak perempuan
6. Syed Alias (meninggal dunia)
7. Syed Azlah berusia 42 tahun menpunyai 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan
8. Syed Azhar yang bongsu 37 tahun juga punyai 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan

Sunday, April 11, 2010

Maaf

Ini meja kerja aku dlm tugas kerja proses data dekat sebelah meja lagi.
Inilah meja sebenar aku duduk dlm buat kerja ringan dan laptop kepunyaan aku

Ini aku kerja berjawatan Jurutekinik di unit
Teknologi Maklumat di Lembaga Getah Malaysia depan KLCC

Maaf hampir 2 minggu aku tak buat blog sebab aku sibuk ambil upah jahit manik baju rakan pejabat aku dan saudara mara . Tak apa lah aku boleh sempat sibuk kerja sambil tulis blog dlm 2 kerja di pejabat ada punya dua komputer pejabat dan satu laptop. Untuk mengetahui dua komputer pejabat aku duduk meja komputer pejabat untuk buat word kerja dan laptop terbaru Windows 7 Compac kepunyaan aku di beli oleh suami aku hadiah pada aku sejak bulan February ini. Meja aku ada sebelah meja komputer dalam kerja untuk menbuat kerja memproses data dalam membuat aturcara baru/tambahan/mengubahsuai tambahan kerja satu seperti yang diarahkan oleh pegawai.
Wassalam kepada semua dgn Amin






sila blog aku ada tambah http://www.umiramanik/






Next aku akan tulis minggu ini ok







Thursday, April 1, 2010

Kes H1N1 terbaru


Adik aku Azlah beritahu aku pasal Faiz deman panas hampir pengsan masih di hosiptal Faiz kena cucuk tangan dgn 2 botol air dalam badan. Kami pergi tengok Faiz di HUKM Cheras dekat rumah kami jadi senang boleh sampai10 minit dengan kereta suami aku lepas pulang kerja di pejabat petang. Kami jumpa Faiz dan mak Faiz duduk tempat menunggu hingga doktor panggil lepas baru habis 2 botol dalam badan Faiz. Aku terus gambar Faiz dan iparku untuk aku buat karang dalam blog kak.
Sejak hari Isnin hingga semalam Faiz jatuh sakit akibat deman panas, rasa loya, sukar nafas dan pening hampir pengsan. Adikku Sy.Azlah dan isteri terpaksa bawa Faiz pergi Ke HUKM Cheras untuk mendapat rawatan di wad kecemasan. Doktor beri 2 botol air cucuk tangan Faiz dan ambil darah, air kencing dan X-ray selama 6 jam. Doktor beritahu Faiz kena suspek H1N1 dan nasib baik Faiz bukan teruk tidak perlu tinggal hospital kena cuti dua minggu mula Faiz sakit hingga minggu depan sekolah takut merebak penyakit rakan2 sekolah.